18 April 2020

ASSALAMUALAIKUM WBT

Sekadar berkongsi cerita dan motivasi..

"Istirehat bukan bermakna berhenti"

Kisah seorang pekerja penebang pokok dan kapak suatu ketika dahulu semoga menjadi suri tauladan kita semua.

Bertemu seorang majikan yang memerlukan pekerja untuk menebang pokok dengan tawaran gaji yang memuaskan, maka ianya diterima bekerja dan diberi sebilah kapak untuk tugasannya.

Beliau memulakan kerjanya seharian dengan tangkas dan cekap maka pada hari tersebut beliau dapat menebang 8 batang pokok seperti yang dikehendaki oleh majikannya.

Keesokanya majikannya bertemu beliau lalu mengucapkan bangga dengan pencapaiannya dan ketangkasannya menebang pokok yang sebelum ini tiada orang mampu melakukannya. Beliau merasa sangat teruja dan gembira lantas akan meneruskan pencapaianya  agar lebih pada hari itu. Di akhir petangnya beliau hanya dapat menebang hanya 7 batang pokok maka usahanya diteruskan keesokannya.

Hari berganti hari jumlah pokok yang ditebang semakin menurun tidak seperti yang diharapkan dari 7 batang menurung kepada 6 batang dan seterusnya setiap hari menurun.

Penebang pokok tersebut merasa malu dan hilang semangat lantas berfikir mungkinkah dirinya sudah tidak upaya dan hilang tenaga.

Lantas beliau bertemu dengan majikannya dengan tertunduk malu dan mengeluh kerana dia sendiri tidak tahu mengapa tenaga dan kemampuannya semakin menurun.

Majikannya lalu bertanya ; " Bilakah kali terakhir kamu mengasah kapak"

Penebang ; " Aku tidak sempat mengasahnya kerana sibuk dengan menebang pokok agar mendapat yang terbaik.

Majikan : Sebenarnya disitulah masalah kamu, Hari pertama kapak baru dan tajam maka hasilnya juga amat memberansangkan tapi tidak diberikutnya.

Meskipun kamu menggunakan tenaga dan kapak yang sama hasil yang kamu dapat tidak lagi seperti sebelumnya, meskipun kamu tahu tapi kami tidak lakukannya. Sesibuk mana pun kamu seharusnya kamu mengambil masa untuk mengasah kapak agar setiap hari kamu menggunakan tenaga yang sama dan hasil yang maksimum.

Majikan : " Sekarang pergi asah kapak kamu dan segera kembali bekerja.

Penebang faham dan berlalu sambil mengucapkan terima kasih.

Kita juga terjebak dengan kesibukan sehingga lupa banyak perkara yang wajib dilaksanakan seperti penebang lupa mengasah kapak kita lupa menambah ilmu dunia dan akhirat. Dunia kemajuan semakin cepat berubah dalam masa yang kita tidak sedar akan perubahannya.

Jangan sibuk mencari kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi sibuklah mencari kesilapan sendiri, dengan bermuhasabah, bermujahadah dengan memperbanyakkan membaca dan menuntut ilmu.

Semoga bermanfaat kepada semua. Matlamat dan tujuan hidup bukan sekadar kerja, hidup dan makan 

No comments:

Post a Comment