23 February 2010

PERHIASAN DUNIA

Salam.

Terdapat Enam (6) jenis apa yang dikatakan perhiasan dunia. Perhiasan dunia ini dijadikan oleh Allah untuk ujian dan dugaan kita sebgai manusia muslim/muslimah.

1. Wanita - Perhiasan dunia yang begitu ketara

2. Harta - Perhiasan dunia yang sentiasa menjadi rebutan

3. Anak Pinak - Perhiasan dunia yang sentiasa dibanggakan

4. Pangkat/Kuasa - Perhiasan dunia yang sentiasa berlumba-lumba untuk mendapatkannya

5. Kenderaan - Perhiasan dunia yang sentiasa menjadi kegilaan

6. Tanah/Ladang/Bisnes - Perhiasan dunia yang sentiasa diwar-warkan

Mereka yang sentiasa berlumba-lumba untuk mendapatkan perhiasan dunia ini hingga mengalpakan diri mereka kepada pengabdian pada Allah, nescaya dan pasti mereka akan terjerumus dalam siksaan Allah s.w.t. Sebaliknya, sekadar berpada-pada dan sentiasa mensyukuri nikmat Illahi, pasti menerima balasan yang terbaik sepertimana yang dijanjikan.

Jesteru, jangan lah kita leka dengan perhiasan dunia ini kerana dunia ini hanyalah sementara (fana).

Renung-renungkan... Selamat Beramal....