16 July 2020

Sosial Media Jadi Lubuk Pahala

Main dengan media sosial ini, kita berhadapan dengan orang yang kita tak kenal. Walau kita dah tulis #content dengan baik, tetap akan ada yang cemburu dan mula bawa geng untuk kecam.
Kita pun jadi tertanya-tanya mengapa itu terjadi. Jawapannya itulah dunia sebenar kawan-kawan.
Buatlah baik lagu mana pun, akan ada sekelompok yang berprasangka, mempersoal dan mula provok. Kita pun mula terasa geram dan sukar nak teruskan.
Jujurnya bertenang, ingat kisah-kisah ini. Semuanya ada peringkat ujian masing-masing. Kita nak buat baik, jangan terfikir yang Allah takkan uji. Tetap kena dan tetap dipilih untuk naik lagi anak tangga ke kawasan yang lebih baik.
Nabi Yusuf, diuji dengan adik-beradik.
Nabi Yunus, diuji dalam kegelapan di dalam ikan paus.
Nabi Ibrahim, diuji perlu korbankan anaknya sendiri.
Nabi Adam, diuji dengan hasutan dan berpisah dengan Hawa sekian lama.
Nabi Noh, diuji dengan keluarganya sendiri.
Nabi Yaakub diuji dengan adik beradik kemudian anak-anaknya sendiri.
Nabi Musa, diuji berpisah dengan keluarga sendiri dan dibesarkan di rumah manusia jahat iaitu Firaun.
Nabi Isa diuji dengan ketiadaan ayah.
Nabi Muhammad (selawat) diuji dengan yatim piatu sejak kecil, kematian demi kematian berulang dalam kisah hidupnya, ditentang oleh pakciknya sendiri, apabila berkahwin, isterinya pula meninggal dunia dan semua anak lelakinya juga meninggal dunia.
Kawan-kawan, kita kena ada asas kekuatan. Semua kisah ini adalah kekuatan saya. Sebab itu kami (para influencer lain) pegang ayat yang sama, “semua benda akan diuji walau niat kita nak buat baik.”
Jadi berhenti stress. Bangkit gais. Semalam kita koyak ada 1 komen marahkan kita, sedangkan ada 100 lagi komen memberi banyaknya semangat. Buang sahaja 1 itu gais, itu ujian kecil sahaja berbanding apa yang Nabi dan Rasul yang kita sayang itu lalui.
Tulis, buat video serta bangunkanlah content kebaikan dengan penuh dedikasi. Akan ada yang baca, akan ada yang merasa itu adalah manfaat besar.
Sosial media boleh jadi lubuk pahala. Terus kuat!

06 May 2020

Assalamualaikum wbt

Hari ni masuk hari ke-13 Ramadhan, Alhamdulillah kita diberi lagi nikmat kesihatan yang terbaik utk kita bersama-sama menjalani ibadat puasa tahun 1441H.

Dah lah kita semua dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun  sebagai insan yang positif mindanya, In Sha Allah kita kekal istiqamah dengan amalan kita. Terbaik !!!!

Sahabat,

Ramai yang dah berjaya ini asalnya macam orang lain juga. Hidup biasa-biasa!
Tetapi apa yang menyebabkan mereka berada tahap ini hari ini?
Mereka "Guna Kuasa Ilmu dan Tindakan Yang Betul"
Dan yang paling utama, mereka buat keputusan untuk MESTI UBAH HIDUP.
Bukan hanya sekadar berfikir- “harap-harap” dapat ubah hidup! 

Man Jadda Wa Jada.
Siapa bersungguh-sungguh dia akan dapat! 
Buat tanpa TAPI, bertindak sekarang tanpa NANTI!
Tanpa keberanian, tindakan dan ilmu? Impian tidak akan menjadi kenyataan..
Who’s Next?
Nak tunggu bila untuk bermula jika bukan sekarang!!!???
(Kredit kepada Insan Hebat DAO)

Fikir-fikirkan.....
Renung-renungkan......

18 April 2020

ASSALAMUALAIKUM WBT

Sekadar berkongsi cerita dan motivasi..

"Istirehat bukan bermakna berhenti"

Kisah seorang pekerja penebang pokok dan kapak suatu ketika dahulu semoga menjadi suri tauladan kita semua.

Bertemu seorang majikan yang memerlukan pekerja untuk menebang pokok dengan tawaran gaji yang memuaskan, maka ianya diterima bekerja dan diberi sebilah kapak untuk tugasannya.

Beliau memulakan kerjanya seharian dengan tangkas dan cekap maka pada hari tersebut beliau dapat menebang 8 batang pokok seperti yang dikehendaki oleh majikannya.

Keesokanya majikannya bertemu beliau lalu mengucapkan bangga dengan pencapaiannya dan ketangkasannya menebang pokok yang sebelum ini tiada orang mampu melakukannya. Beliau merasa sangat teruja dan gembira lantas akan meneruskan pencapaianya  agar lebih pada hari itu. Di akhir petangnya beliau hanya dapat menebang hanya 7 batang pokok maka usahanya diteruskan keesokannya.

Hari berganti hari jumlah pokok yang ditebang semakin menurun tidak seperti yang diharapkan dari 7 batang menurung kepada 6 batang dan seterusnya setiap hari menurun.

Penebang pokok tersebut merasa malu dan hilang semangat lantas berfikir mungkinkah dirinya sudah tidak upaya dan hilang tenaga.

Lantas beliau bertemu dengan majikannya dengan tertunduk malu dan mengeluh kerana dia sendiri tidak tahu mengapa tenaga dan kemampuannya semakin menurun.

Majikannya lalu bertanya ; " Bilakah kali terakhir kamu mengasah kapak"

Penebang ; " Aku tidak sempat mengasahnya kerana sibuk dengan menebang pokok agar mendapat yang terbaik.

Majikan : Sebenarnya disitulah masalah kamu, Hari pertama kapak baru dan tajam maka hasilnya juga amat memberansangkan tapi tidak diberikutnya.

Meskipun kamu menggunakan tenaga dan kapak yang sama hasil yang kamu dapat tidak lagi seperti sebelumnya, meskipun kamu tahu tapi kami tidak lakukannya. Sesibuk mana pun kamu seharusnya kamu mengambil masa untuk mengasah kapak agar setiap hari kamu menggunakan tenaga yang sama dan hasil yang maksimum.

Majikan : " Sekarang pergi asah kapak kamu dan segera kembali bekerja.

Penebang faham dan berlalu sambil mengucapkan terima kasih.

Kita juga terjebak dengan kesibukan sehingga lupa banyak perkara yang wajib dilaksanakan seperti penebang lupa mengasah kapak kita lupa menambah ilmu dunia dan akhirat. Dunia kemajuan semakin cepat berubah dalam masa yang kita tidak sedar akan perubahannya.

Jangan sibuk mencari kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi sibuklah mencari kesilapan sendiri, dengan bermuhasabah, bermujahadah dengan memperbanyakkan membaca dan menuntut ilmu.

Semoga bermanfaat kepada semua. Matlamat dan tujuan hidup bukan sekadar kerja, hidup dan makan 

12 April 2020

Assalamualaikum wbt

Hari ini sudah hari ke26 PKP dilaksanakan (18hb Mac - 12 April)

Nabi SAW bersabda:

".....Seorang Muslim dengan Muslim yang lainnye adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan ataupun menghina. Taqwa itu ada disini. Rasulullah menunjuk dadanya. Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali...."

       (Sahih Muslim, 4650)

Taqwa di dada bermaksud jiwa/hati nurani, tempat lahirnya Qalbu Salim, pusat Iman dan ketaatan, kontrol nafsu dan amarah menjadi pusat amalan dan tingkahlaku  kita.

Banyak hadis menjelaskan pasal berbaik-baik sesama Muslim, bersangka baik dan sentiasa berbuat baik, tapi ada buat ingat tak ingat. Sebab apa, sebab hati nurani ada virus..... tak tunggu CORONA pun, yang lama-lama zaman jahiliyah masih ada lagi.

Kena bersihkan, kawal hati tu dengan sangka baik, ganti dengan zikir, astaghfirullah atau dengan yang lain-lain. Hidup dengan aman, linkarkan diri dengan sekitaran yang positif -> hati positif, keluarga yang positif, kawan yang positif. Cuma CORONA saja biar negatif.

Salam......

11 April 2020

Assalamualaikum wbt

Musim PKP ni, apatah lagi kena sambung  2 minggu, ramai netizen mengeluh panjang. Fikir yang bukan-bukan. Letih ler macam ni. Dah terasa puas, asyik-asyik makan, minum, tidur, tengok TV. Malah ada juga yang bertadabur Al-Quran, zikir, dan lain-lain nye.......


Namun sebenarnya kita perlu ada MINDA POSITIF (Jiwa Dalaman) yang kita perlu terapkan. Ya... PMA..Positive Mental Attitude.  Bila dalaman kita berada dalam situasi tenang, minda kita dengan sendirinya akan "reset" niat, percakapan dan tindakan ke arah yang lebih baik.

Maka, akan lahir tindakan (react) yang lebih berhikmah dan peluang ini akan menghasilkan kuasa minda yang dapat mengekalkan momentum terbaik dalam apa jua kehidupan seharian

Renung-renungkan.....
Selamat Beramal

08 April 2020

Kembali Bersiaran........

Assalamualaikum wbt

Huh.... lama sungguh tidak kemaskini blog ni.....

Hari ni, bila kesempatan yang ada & teringat pula pada blog yang sudah bertahun-tahun tidak dijenguk apatah lagi tidak dikemaskini, Alhamdulillah saya dapat juga mengembalikan catatan & nostalgia diruangan ini

Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat bala COVID-19, ada hikmahnya kita berada dirumah. Ya, dapat memberi perhatian kepada perkara-perkara yang lama kita abaikan. Sedangkan sebelum ini kita begitu sibuk dengan kehidupan seharian tanpa menyedari kita telah mengabaikan kehidupan hakiki  sebagai insan yang dicipta oleh Allah

Semuga dengan PKP ni dapatlah kita membetul & mengemaskini hal-hal yang PATUT  kita lakukan dengan terbaik

Namun, jadikanlah #stayhome ini "with knowledge". Jangan persia-siakan masa terbaik ini dirumah.