29 December 2009

Haluan , Niat, Tekat, Azam Kita???

Sedar atau tidak sebenarnya kita telah melakukan 2 penghijrahan besar setakat hidup ini, iaitu hijrah dari alam roh ke alam rahim ibu kita. Dan yang pasti ada lagi hijrah kita sehingga kita menemui alam yang kekal abadi.

Di alam roh, kita telah berjanji akan taat setia pada Allah s.w.t, dan di alam rahim ibu kita, kita masih lagi memegang janji itu malah tidak membantah sama sekali. Contohnya, apabila ibu kita memakan makanan manis, pedas, masin dan sebagainya, kita yang berada dalam rahim ibu tidak memberontak pun.

Namun bila penghijrahan ketiga kita dari alam rahim ke alam dunia, sudah menampakkan ciri-ciri yang berlawan arus sepertimana janji kita dahulu!!!!!!. Bersyukurlah, kepada mereka yang masih lagi memegang janji.

Perkara ini lah yang perlu kita sedari. Fikirlah...kerna kita akan melalui beberapa alam lagi, alam barzah (kubur) dan alam akhirat yang menentukan kita samada kita akan berada dalam jannah(syurga) atau sebaliknya dalam narr (neraka)

Jesteru, di mana kah haluan, niat tekat dan azam kita dalam menempuh hijrah tahun baharu ini...

Dalam pada itu, renung-renungkan dua pertayaan dengan empat soalan ini?

1. Di dunia ini, apakah yang paling ringan dan paling berat sekali dengan kita?
Jawab : Paling ringan : Sembahyang (bukan Kapas)
Paling berat : Amanah (bukan Besi)

2. Di dunia ini, apakah yang paling dekat dan paling jauh sekali dengan kita?
Jawab : Paling dekat : Mati (bukan Baju)
Paling jauh : Umur (bukan Langit)

fikir-fikirkan... dan selamat beramal...

23 December 2009

Teman Vs Musuh

Orang tua-tua ada berkata, kalau berkawan biarlah ramai.......

Kebenaran kata-kata tersebut memang tidak boleh disangkalkan. Rasanya memang ramai betul kawan-kawan kita bermula dari :- kawan-kawan sepermainan, kawan-kawan sedarjah, kawan-kawan sekampung, kawan-kawan sebilik, kawan-kawan sekerja dan kawan-kawan se macam-macam lagi.....

Sudah tentulah di setiap pelusuk negeri malah di negara didunia ini pasti kita akan ketemui kawan-kawan lama dan baru, lelaki mahupun perempuan. Maka tidak rugilah kita, jika kita mempunyai ramai bilangan hingga ke peringkat ribuan malah jutaan kawan-kawan kita.

Namun dalam ramai kawan-kawan kita, kita memang akan dapat mengenalpasti siapa yang benar-benar menjadi "teman sejati". Maksudnya, susah senang, payah jerih, suka duka, tolong menolong, bantu membantu sesama teman walaupun tiada ikatan rasmi pun !!!!!!

Dan, yang paling ditakuti kawan-kawan kita ini menjadi lawan kita pulak... Tak semene-mene pulak tu....

Hal ini bukan perkara baru. Ya... Hidup ini penuh cubaan dan dugaan.

Fikir-fikir kan... selamat beramal...

17 December 2009

Doa akhir tahun dan awal tahun baru Islam (Hijriyah)

Doa Akhir Tahun

Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah asar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini agar/akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal soleh tersebut diterima oleh Allah Swt.

Doa Akhir Tahun

Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.

Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.

Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Doa Awal Tahun

Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.
Doa Awal Tahun

Maksudnya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.

Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) syaitan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu Wahai zat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

15 December 2009

Ujian & Dugaan


Adakah anda rasa kecewa dan sedih memikirkan ujian yg bertimpa-timpa menerjah kita? Ujian dan dugaan itu samada kecil, besar, sukar, suka, duka sentiasa akan kita lalui dalam meniti kehidupan di alam fana ini.

Namun, mari, kita sama-sama beri peringatan pada diri agar kekecewaan dan kesedihan yang kita hadapi ini akan terubat bila kita menyedari bahawa ;

1. Susah senang adalah ujian dari Allah swt
2. Ujian tingkatkan kutipan pahala/mata ganjaran (bonus),
3. Ujian sebagai QC (Quality Control) kesyukuran kita kpd Allah swt

Seperti lirik lagu "Layang-layang Terputus Talinya"

Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku

Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya

Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma

N A M UN A K U T E T A P A K U.......


12 December 2009

Cabaran Hidup


Dalam usaha mengejar apa yang didingini, usaha yang kuat dan berterusan ialah harga yang wajib dibayar. Seringkali, dalam menyusuri jalan usaha yang terbentang menuju ke puncak jaya yang diimpi, jalannya tidak selalu terang dan lancar.

Andai kita adalah yang pertama yang merintis jalan tersebut, sudah tentu banyak onak duri dan dahan reba serangka yang perlu dicantas. Kitalah yang membuat jalan itu. Kadang-kadang walaupun di jalanan yang asalnya terang, hasad manusia menabur paku, sembilu mahupun miang memastikan hasrat kita tergendala. Selain itu, ALLAH Yang Maha Perancang juga menguji hamba-NYA dengan pelbagai faktor luaran yang menyebabkan jalan rosak, becak dan kabur.

Maka, ramailah juga yang terkandas mahupun terjerumus ke gaung kegagalan di kiri kanan jalan itu. Mereka yang dikaburi terus teraba-raba mencari arah dan tuju. Dan alangkah malang sekali tangan yang memaut memandu perjalannya seringkali melencongkan perjalanannya dari matlamat asal.

Begitulah analogi kehidupan dalam mengharungi hidup ini. Semua manusia waras semestinya mempunyai matlamat dalam kehidupan bergantung kepada peranannya. Seorang pemimpin mahukan negara yang makmur gemilang, seorang pendidik mahu melihat kejayaan pelajarnya, seorang bisnesman mahukan keuntungan yang tak berpenghujung dan seorang pelajar sudah tentu mahukan kejayaan gemilang di akhir hari graduasinya. Dan sudah pasti, seorang hamba pastinya mengharap keampunan dan keredhaan TUHAN-nya di saat bersemuka dengan-NYA kelak.

Ringkasnya, hidup ini suatu perjalanan. Perjalanan itu penuh cabaran. Cabaran memenuhi kehidupan. Takut cabaran, maknanya takut hidup. Takut hidup, tiada lagi makna kita hidup. Bersyukurlah dengan nikmat kehidupan yang diberi dengan memaknakan hidup kita, dengan cara berusaha mencapai matlamat hidup kita.

Kembali Semula....

Maaf..

Dah lama tidak kemaskinikan blog ini. Maklum saja lah dengan kekangan masa kini.

Banyak perkara perlu di bereskan. Saya akan terus menyalurkan cetusan idea saya disini

Mati merupakan "jodoh" kita.. dimana kita berada malaikat maut pasti menjemput kita. hakikatnya kita lebih mengutamakan menyambut kelahiran bayi.. beli baju bayi, lampin susu... tapi kita lupa yang kita perlu menyiapkan juga diri kita untuk mati...

menyiapkan?? menyiapkan kain kafan ke?? bukan, menyiapkan bekalan untuk mati.. perlu kita ingat bahawa mati itu satu kemestian bagi setiap manusia..
"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati."

Cuba kita imbas kembali bagaimana seronok nya GENERASI CINTA MATI mahukan mati..
Siapa Generaci Cinta Mati ni?? Mereka lah Para Sahabat. Kenapa mereka cinta mati? Kerana mereka cintakan Allah dan teringin bertemu dengan-Nya. Alangkah indah hidup dengan Rasulullah.
Nabi S.A.W bersabda"Siapa yang cinta untuk bertemu dengan Allah nescaya Allah cinta untuk menemuinya."
Persoalannya adakah benar kita mencintai Allah. Jangan hanya mulut mengaku hakikatnya hati lebih mencintai manusia.
Ada satu kisah dimana Nabi S.A.W diberi pilihan antara menemui Tuhannya atau tinggal di dunia, baginda memilih "Teman Daerah Tinggi" iaitu Allah, yakni dengan melalui proses kematian." Justeru tidak hairanlah Rasulullah bersabda "Hadiah orang mukmin itu ialah mati".

Disini saya perturunkan (ingin kongsi seperti para ulamak sarankan) sedikit tips untuk mencapai Husnul Khatimah(kesudahan yang baik):
1.banyakkan sedekah jariah.
2.rajin menghadiri majlis ilmu.
3.berusaha mendidik diri dan anak2 menjadi soleh.
4.meluangkan 20 jam sehari untuk beribadat kepada Allah.
5.menjaga anggota daripada melakukan maksiat.
6.tidak menggunakan ilmu untuk menderhakai Allah.
7.pastikan punca pendapatan halal.
8.amalkan doa


Semoga apa yang disampaikan ini dapat memberi kesedaran kepada diri saya sendiri dan sahabat semua. dan semoga cita-cita kita tercapai..
AMIN........

14 October 2009

Amalan Diri

Generasi hari ini adalah generasi yang mengutamakan cetusan akal (bukan letusan emosi), dan / malah tidak kurang pula yang mengabaikan untuk mengambilkira cetusan iman. (Baca pandangan artikel di bawah)

Jesteru, tidak hairanlah pendekatan mereka sama ada percakapan dan perbuatan mereka banyak mencetuskan pelbagai konflik.

Keadaan ini disebabkan oleh cara mereka memenafaatkan ilmu dengan cara belajar tanpa "berguru". Kesannya, timbullah pelbagai pandangan dan idelism yang sekali pandang logiknya ada namun hakikatnya "tidak kena pada tempatnya".

Jesteru, marilah kita sama-sama menasihati sesama kita agar sentiasa menggarap potensi diri, menggilap kerohanian diri (moral dan etika), meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta mengukuhkan kualiti iman yang tulen dan sejati sepertimana yang dianjurkan oleh Allah s.w.t dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. (hakiki)

Dan tidak lupa juga kita sama-sama :

  • Sentiasa berani menyatakan kebenaran (siddiq), bukan dusta.
  • Sentiasa telus & integriti (amanah), bukan curang.
  • Sentiasa menyampaikan seruan kebenaran (tabligh), bukan menyembunyikannya.
  • Sentiasa berfikiran cerdas (fatanah), bukannya dungu.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Baca lah Pandangan ini: kemudian fikir..........

Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja

DALAM kita meniti kehidupan sehari, dari soal membuat keputusan mahupun bersuara kita sering terlepas pandang soal pokok dalam menyatakan sesuatu. Kita seolah fokus dan terlalu obses dalam mempercayai setiap tindakan kita adalah benar tanpa mengambil kira pandangan lain.

Di antara kontradiksi yang berlaku sejak kebelakangan ini benar-benar mencetus suatu paradigma yang menyumbang kepada perspektif yang ingin saya rungkaikan.

Keputusan Pemuda Pas yang menggesa pembatalan konsert Beyonce juga saya kira suatu arahan yang tidak bermatlamat.

Adakah cuma ini sahaja jalan yang difikir releven untuk menyingkirkan pengaruh negatif dinegara kita ini? Bagaimanakah pula konsert artis tempatan kita, adakah mereka berpakaian jauh lebih baik dari Beyonce?

Jangan salah faham, saya juga bukan menyokong acara tersebut, tapi sekadar memberi pandangan.

Mungkin ramai yang memberi rasional bahawasanya pengamalan agama perlu pendekatan yang holistik, tetapi yang pasti bukan dalam keadaan yang drastik sebegini.

Tarbiah Nabi juga pada para sahabat juga dengan kaedah berperingkat. Tuhan faham limitasi manusia dalam membuat perubahan lantas tidak menurunkan perintah agama secara keseluruhan contohnya pembentukan iman, perintah solat, larangan meminum arak dan sebagainya.

Tetapi kita pula makhluk ciptaan memilih tarbiah yang drastik sedangkan kita sendiri dapat jangkakan penolakkan bakal berlaku.

Memang sesungguhnya fundemental dalam Islam tidak mengkompromi dalam soal urusan akidah dan hukum hakam, namun realitinya kita sedar negara kita sendiri telah tersasar jauh dari konsep sebagai negara islam, jadi perlu ada hikmah dalam setiap keputusan diambil.

Saya bukan ingin menggalakkan taqiyya, tetapi terkadang dengan menggunakkan kaedah prinsip lesser evil itu perlu.

Mungkin kita dapat cadangkan kepada kerajaan, jika artis tersebut ingin membuat persembahan, beri mereka kod etika pemakaian dalam membuat persembahan dan pastikan garis panduan itu juga perlu ditetapkan kepada semua artis dinegara ini dan barulah tiada sebarang kontradiksi dan pertikaian akan berlaku.

Kita tidak mahu anak muda dan rakyat membenci serta mereka lari jauh dari kita dan akhirnya sukar untuk kita mendekati mereka kerana hati mereka telah tertutup untuk melakukan perubahan kerana tiada ruang persefahaman.

Yang pasti saya selaku anak muda memang menginginkan perubahan tetapi bukan dalam suasana yang begini, saya juga faham manusia itu adalah mahluk yang paling fleksibel namun walaubagaiman pun mereka juga memerlukan waktu untuk beradaptasi dengan sesuatu yang baru.

Naif bila kita fikirkan dengan perkataan dan perbuatan kita dapat mengubah seseorang sedangkan perubahan itu sendiri adalah dengan izin Tuhan.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Komen :

Sama-sama kita renung-renungkan dan selamat beramal.


13 October 2009

Tentang Politik Di Malaysia Terkini - Renung-renungkan...

Pandangan Dari Nobisha
Fakta 1 : PAS berjaya mengekalkan kerusi yang dimenanginya dalam PRU12 dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Manek Urai dan Permatang Pasir.

Fakta 2 : PKR berjaya mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam PRU12 dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti.

Fakta 3 : Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam PRU12 dalam pilihanraya kecil Batang Air dan Bagan Pinang. Barisan Nasional kehilangan kerusi parlimen Kuala Terengganu kepada PAS.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Isa Samad yang menang dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang. Majoriti sebanyak 5,435 adalah cukup besar untuk menggambarkan sokongan pengundi kawasan itu kepada beliau dan Barisan Nasional.Kemenangan ini tentunya akan menjadi suntikan semangat kepada UMNO yang bersidang mulai 13 hingga 16 Oktober ini. Bagaimanapun, seperti yang saya sebutkan dalam Astro Awani malam tadi, ia adalah merupakan satu kemenangan sementara. Sementara tidak salah untuk Barisan Nasional merayakan kemenangan ini, namun cabaran yang lebih besar bagi parti itu ialah menghadapi PRU13 yang mesti diadakan sebelum Mac 2013.

Ketiga-tiga fakta di atas menunjukkan bahawa keputusan PRU12 masih tidak berubah. Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang kini mempunyai kekuatan yang agak seimbang mempunyai tugas berat untuk memenangi hati pengundi. Dalam politik pasca PRU12, garisan antara kerajaan dan pembangkang menjadi semakin kabur.Gabungan DAP, PKR dan PAS bukan saja diukur terhadap kehebatannya menyerang Barisan Nasional, tetapi juga kemampuannya mentadbir kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan. Sementara itu, Barisan Nasional juga akan dinilai kepada kemampuannya untuk memainkan peranan sebagai pembangkang yang efektif dan bermanfaat di negeri-negeri yang disebutkan itu. Parti-parti politik tidak lagi boleh membuat janji kosong dan mengharapkan rakyat akan menerimanya bulat-bulat.

Sejak mengambilalih jawatan Perdana Menteri, saya fikir Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengambil beberapa langkah yang wajar bagi memenuhi kehendak rakyat. Bagaimanapun, apa yang penting sekarang ialah untuk menentukan keputusan kerajaan itu tidak digagalkan oleh kelemahan sistem penyampaian, termasuklah ketirisan sehingga menyebabkan kelompok sasar tidak mendapat manfaatnya.

Dalam hal ini, saya ingin melihat Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menghentikan amalan politik naungan bagi membolehkan rakyat didahulukan.Pendekatan Najib untuk "reach out" kelompok sasar dengan melepasi parti komponen Barisan Nasional adalah sesuatu yang baik. Apabila beliau mendekati masyarakat India tanpa melalui MIC, ia boleh dilihat sebagai satu usaha memecah dinding penghalang yang menyebabkan Barisan Nasional dilihat sebagai kelab ekslusif. Inisiatif ini disambut positif apabila masyarakat India memberikan undi yang besar kepada Barisan Nasional di Bagan Pinang. Kemenangan di empat peti undi majoriti India (Siliau, Atherton, Bradwall dan Sua Betong) di situ menunjukkan sokongan kaum tersebut.

Pada minggu ini, tumpuan rakyat adalah kepada dua aktiviti politik penting.

Pertama, persidangan agung UMNO. Persoalan yang berlegar di minda kebanyakan kita ialah sejauh manakah pindaan perlembagaan UMNO akan membawa perubahan kepada proses membuat keputusan parti itu, sekaligus menjadikan lebih efektif dan efisyen dalam memenuhi tuntutan rakyat. Saya telah melihat deraf cadangan konsep pemilihan dan pindaan perlembagaan tersebut. Insya-Allah, saya akan menulis mengenainya dalam posting akan datang.

Kedua, mesyuarat majlis tertinggi MCA yang akan membuat keputusan susulan mesyuarat khas agung parti itu. Keputusan majlis tertinggi MCA bukan sahaja memberikan kesan kepada parti itu, tetapi juga kestabilan Barisan Nasional dan kemampuannya menghadiri pilihanraya umum akan datang. Di sinilah kita akan melihat sama ada mereka mempunyai kebijaksanaan menyelesaikan masalah.

Akhir sekali, berbalik kepada pilihanraya kecil Bagan Pinang. Saya percaya PAS akan melakukan post-mortem kekalahan tersebut. PAS sudah lama bertapak dalam politik Malaysia. Kalah-menang adalah perkara biasa bagi parti itu. PAS pernah menang Terengganu dan pernah kehilangan Terengganu. Saya percaya parti itu akan mengambil tindakan bagi menentukan apa sahaja kelemahan dalam kempen pilihanraya Bagan Pinang tidak berulang lagi.
Sebagai pemerhati, saya ingin mencadangkan tiga perkara berikut untuk diberikan tumpuan oleh PAS:

Pertama, PAS dilihat sebagai terlalu liberal dalam hubungannya dengan PKR dan DAP. Malah, ada yang berpendapat PAS terlalu banyak mengalah. Itu persepsi awam. Mungkin benar, mungkin salah. Politik adalah persepsi dan ia harus diuruskan dengan baik.

Kedua, PAS memposisikannya sebagai organisasi yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi. Malah, saya fikir itu jugalah sebab mengapa ia dihormati (walaupun ada yang tidak setuju dengan sesetengah keputusan PAS). Bagaimanapun, dalam mengekalkan hubungan dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat, PAS dilihat mempertahankan beberapa perkara yang sebelum ini mereka tentang. Tidak hairanlah ada beberapa kenyataan pemimpin parti itu yang bercanggah dengan kenyataan terdahulu. Masyarakat menjadi keliru.

Ketiga, dalam pilihanraya Permatang Pasir, calon PAS tidak menjadi tumpuan. Kelemahan yang ada pada calon Barisan Nasional Rohaizat Othman menyebabkan orang tidak bercakap mengenai Salleh Man. Tidak banyak yang diketahui mengenai beliau. Dalam pilihanraya Manek Urai juga begitu. Hal yang sama berulang dalam pilihanraya Bagan Pinang. Ia menunjukkan seolah-olah PAS memberikan tumpuan kepada kekuatan parti dan sokongan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menang; bukannya pada kekuatan calon. Elok sekiranya PAS meletakkan calon yang artikulatif dan mampu menyatakan pendirian politiknya dengan jelas. Seseorang pemimpin politik harus berani menyatakan pendiriannya dengan terang.

Oh ya, mungkin ada yang kurang senang dengan cadangan-cadangan ini. Tak mengapalah, sebelum ini pun apabila saya memberikan cadangan, ada pembaca yang menghantar komentar berbahasa kesat dan maki-hamun. Malah, ada yang mempertikaikan niat dan keimanan saya. Nampaknya sesetengah orang tidak berminat membincangkan isu, sebaliknya memilih untuk menyerang orang yang memberikan pendapat.

Begitulah hebatnya politik kita!Bagi saya, terserahlah kepada bagaimana pemimpin dan penyokong parti-parti politik sama ada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat hendak menerima ulasan ini.

Apa yang pasti ialah rakyat Malaysia sudah semakin bijak dan semakin berani membuat keputusan.

Tentulah menarik untuk melihat bagaimanakah mereka akan membuat keputusan dalam PRU13 nanti!
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Komen :
Satu pandangan ikhlas untuk semua rakyat Malaysia bagi meletakan parti-parti politik ini sentiasa utamakan kehendak pengundi (rakyat) demi kelansungan survival di bumi yang bertuah ini.

09 October 2009

Renungan

Renungkanlah akan umurmu. Andaikata engkau berumur seratus tahun sekalipun, maka umurmu itu pendek jika dibandingkan dengan masa hidupmu kelak di akhirat yang abadi, selama-lamanya.

Cuba renungkan, agar dapat istirehat selama dua puluh tahun, dalam satu bulan atau setahun engkau sanggup menanggung berbagai beban berat dan kehinaan di dalam mencari dunia. Tetapi mengapa engkau tidak sanggup menahan beban ibadah selama beberapa hari demi mengharapkan kebahagiaan abadi di Akhirat nanti?

Jangan panjang angan-angan, engkau nanti akan berat untuk beramal. Yakinilah bahawa tidak lama lagi engkau akan mati.

01 October 2009

Salam Dari Melor - Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2009

Salam untuk semua,

ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, WALILLAH HIL HAMD

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin

23 June 2009

Jumpa Lagi

Salam.
Agak lama mendiamkan diri dari mengemaskini blog ini. Ayahanda sedang berada dalam wad. Sakit. Perlu perhatian dari anak2.

Pejam celik,pejam celik kita berada di tengah tahun. Begitu terasa pantas masa berlalu. Kerja yang sepatutnya siap, masih lagi dalam perhatian. Tak tahulah.....bila nak disiapkan. Namun kena, pelu dibereskan.

Dalam pada itu, macam-macam cerita, berita, peristiwa berlaku sepanjang hari. Tak lupa juga kisah politik hari ini. Habis bercelaru juga orang-orang politik tak kira yang memihak pada kerajaan @ pada pembangkang.

Yang letihnya kita, rakyat. Yang miskin terus dengan kemiskinannya dan yang kaya dengan kekayaannya.

Inilah dikatakan dunia yang fana.

23 April 2009

Berita Dari Melor

Bila fajar menyising, bertaburan lah mahluk dunia mula mencari rezeki. Bermacam-macam cara mereka lakukan semata-mata untuk memenuhi kehendak naluri dan nafsu masing-masing. Makan gaji, kerja sendiri, jual-beli, eksport-import dan lain-lain.



Kaedahnya berlainan namun matlamatnya sama. Nak kayakan diri dan keluarga, bagi makan diri, anak dan keluarga, nak kenyangkan perut dan nak ikut naluri hati dan nafsu.


Namun kita, berfikir @ tidak dalam melakukan sesuatu, pada hari baru itu, umur kita semakin dimamah usia. Bak kata orang "kubur kata mari, rumah kata pergi". Apa yang patut kita lakukan untuk ini..... fikir-fikirkan... selamat beramal.


Salam Perkenalan

Assalamulaikum w.b.t

Syukur atas limbah kurnia segala nikmat dari Allah s.w.t dan salawat serta salam ke atas junjungan Rasullullah s.a.w insan rahmat sekelian alam.

Salam perkenalan untuk para penjengok blog ini, semuga blog yang tidak seberapa ini dapat dikongsi maklumat dan idea agar kita dapat meletakkan diri kita ditempat yang betul -- "kena pada tempatnya" sebagai mahluk kejadian Tuhan yang terbaik di dunia fana ini.

Segala cetusan, posting dan komentar dalam blog ini adalah hasil nukilan ikhlas untuk tatapan semua.

Salam.